Thursday, 21 September 2017

TERAPI PASIR.


TERAPI PASIR. 


Sejarah terapi pasir.

Sejarah terapi pasir bermula pada tahun 1920-an yang dipelopori oleh Dora Klaff yang menekan ruang yang bebas dan selamat.  Dora klaff mengiktiraf bahawa terapi ini mempunyai penawar semulajadi bagi kanak-kanak dan menyediakan kanak-kanak kepada realiti kehidupan seharian.

Penggunaan pasir di dalam proses teraputik bermula dengan pediatrik British, Margaret Lowenfield, pada akhir 1920-an.  Berdasarkan kepada Boik dan Goodwin (2000), "matlamatnya adalah untuk mencari satu medium yang mampu memberi tarikan yang menarik  kanak-kanak serta menyediakan keupayaan yang sewajarnya yang mana pemerhati dan kanak-kank tersebut dapat berkomunikas ketika terapi.


Konsep dan definisi terapi pasir.
Menurut malinda & willliam (2000), terapi pasir merupakan teknik psikoterapeutik yang membolehkan pesakit-pesakit menyusun objek kecil dalam kotakyang mengandungi pasir dan mereka akan membina dunia pasir mengikut dimensi dunia realitinya.  
Image result for TERAPI PASIR

Satu kaedah yang imejnya dihasilkan pada pasir yang basah atau kering sementara ahli terapi duduk memerhati pesakit yang sedang menjalankan terapi pasir.

Terapi ini adalah yang paling berkesan untuk mengakses dan melepaskan perasaan tanpa sedar. Terapi ini boleh dilakukan pada kanak-kanak, remaja , orang dewasa, keluarga, pasangan dan juga secara pasangan.

Perasaan kanak-kanak dinyatakan dalam tingkah laku mereka terutama kelakuaan untuk mengganggu orang lain atau mengganggu kehidupan keluarga dalam beberapa cara. Dengan adanya terapi bermain pasir, kanak-kanak tersebut mendapat peluang untuk meluahkan hasrat dan perasaan mereka dalam pergerakan, bunyi, simbol dan imej.

Terapi pasir dikenali sebagai modaliti teraputik untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Terapi pasir mampu memindahkan pengalaman peribadi kepada bentuk konkrit dan tiga dimensi. Di samping itu, terapi pasir dapat menyatakan perasaan , emosi, masalah dan meningkatkan kesedaran diri serta komunikasi.

Bahan dan alatan bagi menjalankan terapi pasir.
Image result for TERAPI PASIR
  1. Pasir yang bersih.
  2. Air
  3. Garam
  4. Besen besar 
  5. Mangkuk 
  6. Miniatur


Pelaksanaan terapi pasir.
Terdapat tiga fasa utama bagi terapi pasir iaitu fasa sebelum, semasa dan selepas sese dijalankan.

Fasa sebelum sesi.
  1. Persedian dari segi penyediaan bilik yang sesuai dan kondusif untuk aktiviti serta penyedian peralatn terapi dan persediaan kanak-kanak.
  2. Persekitaran bilik adalah amat penting dalam membenarkan kebebasan luahan perasaan.Ini bersesuaian dengan konsep utama terapi pasir yang dipelopori oleh Dora Klaff yang menekankan ruang yang bebas dan selamat.
  3. Peralatan yang utama untuk terapi adalah bekas yang berukuran 75cm x 55cm x 20cm yang berisi pasir. Pemilihan pasir samaasa pasir pantai atau sungai yang mempunyai kedalaman 15 cm di dalam bekas.
  4. Simbol atau miniatur seperti ikan, kerang, bangunan, batu, peralatan rumah, binatang, rumah, manusia dewasa, kanak-kanak, pokok, jambatan dan elemen lain yang diperlukan.
  5. kesemua alat disusun di atas rak dengan kemas bagi memudahkan kanak-kanak memilih objek yang disukainya.
  6. Berus dan tuala disediakan bagi kanak-kanak yang ingin membersihkan peralatan dann tangan mereka. Selain itu, penyembur air diperlukan untuk melembapkan pasir yang telah dibina.
  7. Penyedian alunan muzik yang lembut dan relak untuk memudahkan murid meluahkan perasaan.
Fasa semasa sesi.
Image result for TERAPI PASIR
  1. Kehadiran pakar terapi semasa pelakasanaan,  pakar mestilah mendengar dengan baik serta memberi tumpuan kepada kanak-kanak.
  2. Suasana yang sunyi amat digalakkan kerana kanak-kanak dapat menyusun objek di dalam bekas mengikut realiti pengalaman hidupnya dan bukannya menyusun mengikut keinginannya.
  3. Pakar terapi perlulah mengajukan soalan apabila kanak-kanak mula untuk bercerita dengan menghasilkan gambaran di atas pasir.
  4. Pakar terapi boleh menentukan tema sebagai contoh tema persahabatan. Seterusnya, pakar terapi boleh mengajukan soalan terbuka seperti "Apa yang kamu ciptakan di dalam bekas ini?" atau  "Beritahu saya tentang singa di dalam dunia kamu ini?"
Fasa selepas terapi.
Image result for TERAPI PASIR
  1. Pakar terapi berperanan membuat kesimpulan dengan melihat kepada hasil terapi pasir yang dilakukan kanak-kanak.
  2. Penilaian hasil bekas adalah bergantung kepada pakar terapi.
  3. Objek kecil seperti binatang bagi kanak-kanak biasanya menggambarkan persepsi mereka terhadap keluarganya serta masalah yang berkaitan dengan perhubungan dan pergaulan.
  4. Lokasi dan susunan objek juga memberi gambaran tentang corak perhubungan yang dihadapi oleh kanak-kanak.
  5. Pakar terapi perlulah mengambil gambar hasil bekas tersebut bagi memudahkan proses  interpretasi.

Kepentingan terapi pasir.
  1. Membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan.
  2. Membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi.
  3. Merangsang pemikiran kanak-kanak.
  4. Membantu meningkatkan keupayaan motor halus melalui aktiviti dalam terapi pasir.
  5. Membantu meningkatkan hubungan sosial.
  6. Mengurangkan tekanan emosi.
sumber :
www.ipbl.edu.my>portal>seminarpapers/150817
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/JurnalActionResearch/2014/1%20Chang%20TK.pdf
www.kompasiana.com/salis/sandplay-therapy-dan -manfaatnya_55758fac1eafbd7937a476639/

TERAPI PASIR.

TERAPI PASIR.  Sejarah terapi pasir. Sejarah terapi pasir bermula pada tahun 1920-an yang dipelopori oleh Dora Klaff yang mene...